Hepatitis Mudah Merebak Berbanding HIV


Lebih menggerunkan, virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) lebih mudah merebak berbanding HIV.

"HBV boleh merebak hingga 100 peratus lebih mudah daripada HIV, manakala HCV pula boleh berjangkit kira-kira 50 kali lebih mudah," kata jurucakap syarikat pengeluar produk kesihatan Roche Malaysia Sdn Bhd.

"Kedua-dua virus ini lebih kuat daripada HIV dan mampu bertahan hingga tujuh jam sekiranya terdedah kepada persekitaran. HIV lebih lemah dan akan lenyap apabila terdedah dalam tempoh singkat," katanya.

Namun demikian, seperti HIV, dua virus ini mudah tersebar melalui darah.

"Ia juga boleh tersebar melalui suntikan dadah rekreasi, proses melukis tatu, rawatan akupuntur, hubungan seks tanpa perlindungan, luka pada tubuh, dialisis buah pinggang dan merebak daripada ibu kepada anak sewaktu bersalin," katanya. Perkara yang membimbangkan ialah jumlah penghidap dua penyakit ini lebih tinggi berbanding penghidap penyakit hepatitis jenis lain di negara ini, kata Prof Dr Rosmawati Mohamed, Perunding Hepatologi (Pakar Hati) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), di sini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/harapan-baru-untuk-pesakit-hepatitis-c-1.84703

Statistik Pesakit Hepatitis C Tahun 2012


Hepatitis, penyakit radang hati yang lazimnya berpunca daripada jangkitan kuman, mempunyai sejarah yang mengerikan dalam kehidupan manusia.

Tidak kiralah sama ada hepatitis A, B, C, D atzu E, semuanya merupakan penyakit yang amat berhaya dan telah meragut lebih banyak nyawa, berbanding gabungan penyakit malaria, denggi dan HIV/AIDS pada dekad lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata terdapat kira-kira 12 hingga 15 juta kes akut hepatitis A di seluruh dunia, yang mengakibatkan 3,000 kematian setiap tahun.

Di samping itu, lebih kurang dua bilion orang menghidap hepatitis B di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, kira-kira 360 juta menderita jangkitan kronik, manakala 600,000 lagi meninggal dunia akibatnya. Dalam pada itu, kira-kira 130 hingga 170 juta orang didapati menghidap hepatitis C dan lebih 350,000 maut akibat penyakit hati berkaitan virus di seluruh dunia setiap tahun.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/harapan-baru-untuk-pesakit-hepatitis-c-1.84703
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...