Penghidap Hepatitis B, C Meningkat

Penghidap  Hepatitis B, C meningkat  
Dr Jeyaindran sambil diperhatikan Dr Norhizan mengambil sampel darah seorang pengunjung yang membuat pemeriksaan secara percuma sempena Hari Hepatitis Sedunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA), Kuantan. - Foto Halim Mat Ali
 
Golongan umur produktif paling ramai kena penyakit

Kuantan: Kira-kira 80 peratus kes Hepatitis B dan C direkodkan di negara ini membabitkan penghidap berumur antara 25 tahun hingga 55 tahun, dengan 60 peratus daripadanya penagih dadah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata angka itu menunjukkan sesuatu yang malang bagi Malaysia kerana lingkungan umur terbabit adalah kumpulan sangat produktif sebagai penyumbang modal insan kepada ekonomi negara.

“Tahun lalu, ada 2,637 kes baru, meningkat berbanding 2010 iaitu 2.27 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk, kepada 8.99 pengidap hepatitis B.

“Bagi kes Hepatitis C pula menunjukkan peningkatan 2.56 peratus kepada 5.91 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Peningkatan kes adalah disebabkan arahan kementerian supaya pengamal perubatan melaporkan semua kes Hepatitis akut dan kronik (kepada pihak berkuasa kesihatan),” katanya berucap merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran. Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Norhizan Ismail. 
 
 http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PenghidapHepatitisB_Cmeningkat/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...