Penyakit Hati Wilson (Wilson's disease)

Penyakit hati Wilson, atau Wilson's disease (WD), adalah penyakit hati yang disebabkan oleh terlalu banyak pengumpulan kuprum (copper) dalam hati, yang menyebabkan sirhosis hati (hati fibrosis) dan masalah masalah yang lain. WD berlaku kerana hati tidak mampu untuk menyingkirkan kuprum keluar daripada badan, seterusnya menyebabkan pengumpulan kuprum dalam hati dan tisu badan.
Hati yang mengandungi banyak kuprum (gambar menunjukkan potongan hati)
Gambar dari http://pathology.mc.duke.edu/neuropath/CNSlecture4/liver.jpg

Antara simptom utama penyakit WD ialah pesakit mendapat penyakit hati sirhosis dan tanda tanda kerosakan sistem saraf tunjang (central nervous system). Penyakit hati sirhosis dimanifestasi oleh simptom dan tanda berikut:

  • Konfius,
  • Jaundice (kekuningan)
  • Gatal gatal
  • Abdomen penuh air
  • Buasir
  • Pendarahan esofagus,
  • Pendarahan dalaman
  • dan lain lain. Untuk bacaan lanjut, boleh baca di sini:  
  • http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kerosakan-hati-fibrosis-sirosis-hati.html
Antara simptom dan tanda kerosakan sistem saraf tunjang termasuk:
  • Sawan
  • Mania (gembira yang melampau) dan kemurungan
  • Rendah IQ
  • Rendah memori
  • Sukar membuat keputusan
  • Meningkat atau berkurangnya nafsu seksual
  • Pemarah
  • --------------------------------------------
  • Tidak boleh berkata dengan baik (dysarthria)
  • Tidak boleh mengingat dengan baik
  • Tidak boleh berjalan atau bergerak dengan baik (ataxia)
  • Tidak boleh menelan makanan (dysphagia)
  • Pergerakan badan yang janggal dan berulang ulang seperti menepuk tangan
Antara tanda lain yang boleh dilihat ialah terdapatnya lingkaran perang hasi enapan kuprum pada iris mata (Kayser-Fleischer ring)

Individu yang menghidap penyakit WD ini juga turut mengalami masalah berikut:
  • Darah cepat termusnah (hemolysis)
  • Jari berwarna biru pada pangkal kuku.
  • Sakit sakit sendi
  • Kulit berwarna kelabu
Rawatan biasanya menggunakan ubat Penicillamine, atau ubat Trientine dihydrochoride. Sekiranya kerosakan hati sudah terlalu teruk, maka transplan hati perlu dijalankan untuk mengembalikan sistem perkumuhan badan yang normal.
Gambar menunjukkan bagaimana penyakit ini boleh diwarisi oleh seseorang dari ibu bapanya. Penyakit WD adalah penyakit autosomal recessive.
Gambar dari Wikipedia.

Sekiranya ada adik beradik anda yang disahkan menghidapi penyakit ini, maka seharusnya seluruh adik beradik anda dijalankan ujian genetik bagi mengenalpasti sekiranya ada anggota keluarga anda yang lain turut menghidapi penyakit yang sama. Ini adalah kerana dalam segolongan individu, penyakit WD ini tidak menampakkan simptom simptom yang jelas. Untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius, maka setiap adik beradik yang lain harus diperiksa sekiranya ada antara keluarga mereka yang menghidap penyakit ini.
Info :  http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/06/penyakit-hati-wilson-wilsons-disease.html

Punca dan Cara Merawat Penyakit Hati Berlemak



INI adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes – hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis steatorea atau hepatitis steatosis.

Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.

Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).

“Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat,” ujarnya.

Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.

“Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

“Hanya dengan melakukan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan kehadiran lemak,” tegasnya yang turut menjelaskan tiada satu kaedah rawatan bagi penyakit ini.

Menyerang wanita hamil

Tambahnya, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap penghidapnya.

Selain itu, fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara 15 hingga 50 peratus pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis (NASH).

Ryan menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.

Ryan turut menjelaskan, penyakit hati berlemak itu juga merupakan punca kepada gagalnya pemindahan hati dilakukan.

“Sejak lima tahun lepas, kebanyakan pakar bedah mengalami masalah dalam melakukan pemindahan hati walaupun mempunyai ramai penderma.

“Sebabnya, apabila diperiksa keadaan hati penderma, ramai antara mereka tidak menyedari mempunyai hati berlemak,” ungkapnya.

Ryan berkata, penyakit itu turut menyerang wanita hamil, terutama ketika kandungan berada di peringkat trisemester akhir.

Namun jelasnya, bagi wanita hamil, ia akan hilang selepas bersalin sama seperti mereka mengalami darah tinggi dan kencing manis ketika tempoh kehamilan.

Bukan itu saja, Ryan memberitahu bahawa penurunan berat badan secara mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu.

“Kerana risiko ini, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat,” tegasnya.

Info:http://www.mummynemo.com/2012/03/penyakit-hati-berlemakpunca-dan-cara-merawat-penyakit-hati-berlemak/

Toksik Punca Penyakit Hati

Oleh NORAINON OTHMAN

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.
Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.

Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.
Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.

Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.

Pengarah Origine Sdn Bhd, Shailesh Waran berkata, mereka yang terdedah kepada penyakit hati disebabkan gaya hidup moden wajar mencari perubatan alternatif seperti Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional India yang berasaskan herba, tidak mengandungi bahan sintetik, menjalani kajian klinikal serta digunakan oleh syarikat Barat.
Sebagai sokongan kepada perubatan moden, ia pilihan yang berpatutan ketika kos perubatan yang semakin meningkat.

Menurutnya, suplemen Ayurveda yang berasaskan herba, Kamilari yang diperkenalkan bagi membantu mencegah kerosakan hati, terbukti secara klinikal membantu merawat dan melindungi daripada serangan penyakit berkenaan.
“Sejak 1960, Kamilari berjaya membantu merawat mereka yang menderita pelbagai tahap penyakit hati seperti sirosis hati akibat pengambilan alkohol, hepatitis dan jaundis,” katanya.

Shailesh berkata, suplemen itu terbukti secara klinikal sebagai anti toksik hati, berupaya membantu mencegah kerosakan hati, selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.

“Kamilari membantu meningkatkan sistem imun. Ia disyorkan kepada individu yang mengidap masalah hati berlemak, mereka yang mengambil minuman beralkohol, sirosis hati, jaundis dan hepatitis,” katanya.

Kamilari yang dilancarkan baru-baru ini, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan bahagian kawalan ubatan India. Ia boleh didapati di farmasi terpilih di Kuala Lumpur.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 
Info :  http://www.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/

Kerosakan Hati Fibrosis / Sirosis hati (Liver Cirrhosis)

Gambar CT (computed Tomography) sirosis hati

Penyakit Sirosis hati merupakan penyakit yang terjadi akibat beberapa faktor antaranya ialah jangkitan virus, jangkitan kuman pada salur hempedu, tumor pada hati, banyak minum arak, masalah genetik (autoimun), penggunaan ubat yang melampau (seperti panadol, amiodaron, methyldopa. methotrexate), kekurangan alpa-1 anti-tripsin, masalah jantung, masalah metabolisma ferum dan kuprum dan lain lain lain lagi.

Penyakit Sirosis hati didefinisikan sebagai kerosakan hati yang total, pembentukan gentian fiber yang tersebar ke  SELURUH kawasan hati, dan pembentukan NODUL (bebola kecil gumpalan sel hati) pada seluruh bahagian hati.

Mikroskopi bagi penyakit hati sirosis, kelihatan bebola gumpalan sel dalam hati

Penyakit Sirosis hati amat merbahaya. Ia melibatkan pelbagai tanda tanda dan kesan, sekiranya tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan kematian kepada pesakit samada secara langsung atau tidak langsung.

Disebabkan hati telah rosak, maka pengaliran hempedu dari hati ke salur hempedu tidak dapat berlaku dan menyebabkan hempedu yang sepatutnya dialirkan ke usus tidak dapat disalurkan. Ini menyebabkan bahan makanan berlemak tidak dapat diserap ke dalam usus dan menyebabkan najis menjadi hanyir. Oleh sebab sebahagian vitamin adalah larut dalam lemak dan lemak pula tidak diserap, vitamin ini keluar bersama najis dan menyebabkan kekurangan vitamin tersebut iaitu vitamin A, D, E , K. 

Tanda yang kedua ialah individu dengan hati yang telah rosak mempunyai warna kulit kuning akibat kekuningan (jaundice). Jaundice merupakan kulit kuning yang disebabkan oleh terkumpulnya bahan bilirubin yang sepatutnya disingkirkan oleh hati ke dalam usus, namun proses ini tidak berlaku dan menyebabkan bilirubin duduk di dalam darah dan mengalir ke kulit dan menyebabkan kekuningan. Kekuningan ini jika tidak ditangani menyebabkan kegatalan pada kulit.

Antara tanda lain yang amat penting ialah penghidap kerosakan hati fibrosis ini ialah mereka mempunyai perut yang kembung akibat pengumpulan air yang keluar daripada salur darah. Hal ini demikian berlaku kerana terdapat tekanan tinggi pada vena portal hati yang mengalirkan darah ke hati. Sekiranya hati 'tersumbat' maka darah bertekanan tinggi dan kesannya banyak cecai dalam darah yang keluar ke abdomen (pertoneal cavity). Selain itu, hati sudah tidak dapat berfungsi menghasilkan albumin sejenis protein dalam darah, oleh sebab itu, tekanan onkotik dalam darah berkurangan dan kuranglah penyerapan kembali cecari dari abdomen ke dalam salur darah. 

Hati yang rosak boleh menyebabkan aliran darah ke hati terganggu dan banyak darah terpaksa melalui jalan lain untuk kembali ke jantung. Jalan lain tersebut ialah:
  1. Jalan melalui dubur
  2. Jalan melalui esofagus (salur makanan)
  3. Jalan sekitar pusat
Melalui jalan jalan ini, darah dapat memintas hati untuk ke jantung. Oleh sebab itu, orang yang mempunyai penyakit sirosis selain mempunyai perut yang membuncit, mereka juga mempunyai salur darah yang jelas pada pusat dan kadang kalau boleh mengalami pendarahan pada salur pemakanan dan buasir. Buasir (punggung berdarah/hemorroid) boleh menyebabkan jangkitan dan pembentukan trombus pada paru paru.

Selain efek fizikal, efek peribadi individu tersebut juga berubah. Individu yang terlibat dengan sirosis hati mempunyai kebolehan otak yang berkurangan. Mereka keliru dengan orientasi semasa (waktu, tempat, keperluan diri dan lain lain berkenaan). Kekeliruan ini adalah efek kerosakan hati kepada otak. Ini dipanggil hepatoencephalopathy. Masalah ini adalah disebabkan oleh bahan bahan kimia merbahaya yang sepatutnya diproses di hati untuk dimusnahkan tidak dapat dimusnahkan dan sebahagian tidak dapat melalui hati dan melalui jalan pintas ke otak menyebabkan kerosakan pada otak. Contoh bahan merbahaya termasuk Methyl-mercaptan. Selain itu, hati yang rosak juga menyebabkan perubahan metabolisma amino asid yang menyebabkan banyaknya amino asid tertentu pada otak yang menyebabkan pembinaan neurotransmitter pelik  seperti octopamin yang menyebabkan tangan tergetar getar dan kekeliruan. Selain itu, Disebabkan metabolisma nitrogen tidak dapat berlaku dengan baik, kebanyakan protein yang diproses tidak dijadikan urea oleh hati. Maka sumber nitrogen ini berkumpul dalam bentuk ammonium. Ammonium yang banyak dalam sel otak menyebabkan glutamate masuk ke dalam sel otak bagi membentuk glutamin. Disebabkan terlalu banyak glutamin dalam otak, maka tekanan osmotik dalam sel otak menjadi tinggi dan banyak air masuk ke dalam otak, menyebabkan otak membengkak (edema).

Masalah lain termasuk kerosakan pada ginjal yang dipanggil hepato-renal syndrom. Masalah hepato-renal ialah masalah yang disebabkan oleh terlalu banyak bahan pengembang salur darah (vasodilator) tidak dapat dimusnahkan oleh hati. Oleh sebab itu, terlalu banyak pengembangan salur darah berlaku. Ginjal terpaksa melawan pengembangan salur darah ini melalui sistem sympathetic dan menghasilkan pencerutan arteri ke ginjal. Oleh sebab terlalu hebat pencerutan pada ginjal, maka organ itu menjadi rosak. 

Antara tanda tanda lain termasuk:
  • Lelaki mempunyai buah dada (gynecomastia)
  • tapak tangan merah
  • mempunyai tahi lalat merah yang jika ditekan tidak mahu hilang (spider nevi)
Mnemonic Penyakit hati Sirosis

Rawatan:
Rawatan mesti yang pertama sekali ialah dengan merawat punca penyakit sirosis ini berlaku. 
  • Sekiranya puncanya ialah virus hepatitis maka berikan rawatan antivirus kepada pesakit. Antaranya ialah dapatkan Interferon-Beta dan Ribavirin. 
  • Jika punca penyakit ialah ketagihan alkohol, maka usahakan berhenti dari minum arak dengan menggunakan ubat Baclofen
  • Jika punca masalah ialah pengumpulan hempedu dalam hati akibat penyakit genetik seperti PBC (primary biliary cirrhosis), maka gunakanlah Urso-deoxy-cholic acid.
  • Jika punca ialah kerosakan metabolisma seperti terlebih kuprum dalam badan, maka gunakan Penicillamine.

Bagi mengurangkan tanda tanda penyakit:
  • Untuk kegatalan akibat terlalu banyak kekuningan, gunakanlah Cholestyramine.
  • Untuk mengelakkan terlalu banyak air dalam abdomen akibat ascites, maka gunakan bahan penggalak kencing - diuretics - seperti Spironolactone. Sekiranya kurang berkesan, gunakan Furosamide, namun paras garam Natrium dan Kalium mesti diperiksa selalu. Elakkan daripada memakan garam. Masukkan albumin dalam darah agar dapat meningkatkan tekanan onkotik.
  • Untuk mengelakkan masalah kekeliruan, elakkan daripada memakan daging merah kerana ia mempunyai lebih banyak bahan reput yang merosakkan otak berbanding daging putih.Selalu bertanya pesakit nama mereka dan waktu untuk melihat kebolehan mereka meng-orientasi diri mereka. 
  • Jika terdapat jangkitan pada abdomen, maka dapatkan ubatan seperti (cefotaxime, tazocin) dan sekiranya mereka sensitif pada ubat tersebut, boleh cuba Metronidazole melalui vena.
  • Untuk orang yang telah disahkan menghidap masalah jangkitan pada abdomen sebelum ini, beri mereka ubat pencegah jangkitan iaitu Norfloxacin.
  • Sentiasa periksa paras alpha-feto-protein bagi mengesahkan pesakit bebas daripada kanser hati (HPC - Hepato Cellular Carcinoma)
Prognosis
Peluang sembuh untuk pesakit sirosis dalam masa 5 tahun ialah 50%. Sekiranya transplan hati dijalankan, dapat meningkatkan peratusan kejayaan daripada 20% kepada 70% dalam pesakit tahap akhir.
Info :  http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kerosakan-hati-fibrosis-sirosis-hati.html

Penyakit Hati Berlemak Yang Perlu Anda Tahu




Penyakit Hati Yang Perlu Anda Tahu
Penyakit Hati Berlemak Yang Perlu Anda Tahu


Tahukah anda mengenai penyakit hati berlemak?. Penyakit hati berlemak dikenali dengan nama Liver Disease. Hati berlemak biasanya berpunca dari gaya hidup kita seharian, bermula dari rumah hingga dari luar rumah, tapi anda usah risau ia masih boleh dielakkan.

Bagaimana nak mengelakkannya?
Sangat senang, cuma terpulang kepada disiplin kita dan gaya hidup kita lah, kalau kita gemar makan makanan yang banyak berlemak, makan makanan yang kuat manisnya, kurang bersenam, minum arak berlebihan dan juga berat badan berlebihan ‘Obesiti’ pasti tidak dapat untuk mengelakkannya.
Namun kita boleh mengelakkannya jika kita selalu bersenam, jaga permakanan kita, jaga pengambilan kolestrol berlebihan serta jangan minum arak, kalau sudah ada kencing manis, kita perlu jaga baik-baik barulah kita boleh mengelakkan masalah penyakit hati berlemak ini.

Bagi mereka yang dah mengidap penyakit hati berlemak ini dan bagaimana cara-cara untuk mengatasinya atau rawatannya?
Sebelum kita bercakap mengenai rawatan penyakit hati berlemak, kita perlu lihat bagaimana gaya hidup kita seharian terlebih dahulu, sekiranya gaya hidup kita tidak teratur barulah satu pemeriksaan awal perlu dibuat bagi mengesan adakah kita mengidapi penyakit hati berlemak atau tidak. Jika tidak dikesan dari awal hinggakan hati sudah berparut dan juga sudah keras, huh..tiada ubat yang mampu mengubatinya pada tahap ini.

Bagaimana kita nak tahu hati kita sudah keras atau tidak?
Kita boleh mengesan dengan melakukan pemeriksaan di hospital seperti melakukan ujian darah atau Scan pada hati kita melalui Ultra sound atau Ct scan, dengan melakukan pemeriksaan ‘Check Up’ seperti ini kita dapat melihat perubahan hati kita ( Hati Berlemak ).
Jika masih belum dapat dipastikan juga tahap hati tersebut, terdapat satu cara lain yang akan lakukan oleh doktor dengan mengambil sedikit cubisan kecil hati kita untuk diperiksa.
Prosidur ini dipanggil Biopcy , melihat cebisan hati tersebut menggunakan microscope bagi melihat sel-sel hati itu sama ada hati berlemak atau tidak.
Usah risau prosidur ini sangat kecil sahaja dan tidak memerlukan pembedahan, ia hanya menggunakan jarum yang dimasukan ke dalam hati bagi mengambil sedikit sample hati untuk diperiksa.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya sample hati yang diperiksa mengandungi lemak?
Jika pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati hati kita mengandungi lemak, setiap pesakit disarankan untuk mengamal gaya hidup sihat, seperti tidak makan makanan yang berlemak, lakukan senaman setiap hari, kawal pengambilan gula berlebihan supaya hati kita yang sudah berlemak tidak menjadi lebih parah.


Adakah dengan memakan organ dalaman seperti hati ayam, limpa, paru dengan banyak boleh menyebabkan permasalahan hati kita?
Ya, kalau kita mengambil makanan yang berlemak tinggi seperti organ-organ dalam, hati, ginjal, paru-paru atau otak ia boleh menjejaskan hati kita, kerana organ dalaman serperti ini mengandungi kadar kolestrol yang amat tinggi.

Bagaimana pula dengan proses pemindahan hati?
Melakukan pemindahan hati adalah jalan terbaik, untuk mendapatkan hati yang tidak mengandungi lemak amat susah, kebanyakan hati yang diperiksa mendapati hati tersebut juga mengandungi lemak.
Kesimpulannya kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat, lakukan senaman, kawal makanan yang berkolestrol tinggi, tidak merokok, tidak minum arak dan lain-lain bagi mengelakkan hati kita mengidap penyakit hati berlemak.
Akhir kata, ingat badan kita ini nak pakai lama, jadi beringat sebelum parah. Jaga hati anda sebelum hati anda berlemak. Wallahualam…

Read more: http://ritz.my/penyakit-hati-berlemak-yang-perlu-anda-tahu/

Virus Hepatitis D


Virus Hepatitis D (HDV) dikategorikan sebagai virus yang tidak lengkap kerana ianya memerlukan HBV untuk bertindak. Maknanya jika seseorang itu hanya dijangkiti HDV, dia tidak akan mengalami sebarang masalah. Gejala kesihatan hanya muncul jika individu berkenaan juga dijangkiti HBV selepas dijangkiti HDV. Namun, kes seperti ini jarang berlaku.

Jika anda mengalami mana-mana gejala seperti yang telah disebutkan, segera jalani ujian lanjut untuk hepatitis, terutamanya bagi individu yang lahir sebelum 1989. Berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang sesuai dengan anda. Individu yang disahkan bebas daripada jangkitan mana-mana virus hepatitis disaran mengambil suntikan vaksin sebagai perlindungan.

http://www.izieherb.net/hepatitis.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...